JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH
Pengerusi : En. Mohd Sofi bin Zainal Abidin (Pengetua)
Timbalan Pengerusi : En. Nadzri bin Mat Salleh (GPK Pentadbiran )
Naib Pengerusi : En. Zainuddin bin Ja'afar (GPK HEM )
: Hj. Badrulhisam bin Baharudin ( GPK Ko-Kurikulum )
: Pn. Aida binti Mustafa (KB Kemanusiaan )
: Pn. Normazira binti Sa'aid (KB Bahasa )
: Pn. Nor Amizawati binti Alias (KB Sains/Matematik)
: Pn. Nor Fariza bintiMohd Zaki(KB VOTEK)
Setiausaha Kurikulum : Pn. Hadilla binti Othman
S/Usaha Mesyuarat Guru :
Ahli Jawatankuasa : Ketua Panitia Menengah Atas
: Ketua Panitia Menengah Rendah
: Ketua Panitia Matapelajaran
: Setiausaha Peperiksaan Tingkatan 1,2,3,4 & 5
Pengerusi : En. Mohd Sofi bin Zainal Abidin (Pengetua)
Timbalan Pengerusi : En. Nadzri bin Mat Salleh (GPK Pentadbiran )
Naib Pengerusi : En. Zainuddin bin Ja'afar (GPK HEM )
: Hj. Badrulhisam bin Baharudin ( GPK Ko-Kurikulum )
: Pn. Aida binti Mustafa (KB Kemanusiaan )
: Pn. Normazira binti Sa'aid (KB Bahasa )
: Pn. Nor Amizawati binti Alias (KB Sains/Matematik)
: Pn. Nor Fariza bintiMohd Zaki(KB VOTEK)
Setiausaha Kurikulum : Pn. Hadilla binti Othman
S/Usaha Mesyuarat Guru :
Ahli Jawatankuasa : Ketua Panitia Menengah Atas
: Ketua Panitia Menengah Rendah
: Ketua Panitia Matapelajaran
: Setiausaha Peperiksaan Tingkatan 1,2,3,4 & 5
Portfolio kurikulum
- Tugas Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
- Menyediakan Sukatan Mata Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran kepada semua guru di bawah bidang tugasnya.
- Membantu, menyelia dan memantau P&P guru di bawah bidang tugasnya seperti semakan buku latihan, persediaan Buku Rekod mengajar dan penyediaan ABM.
- Melaksanakan program pencerapan P&P dengan menyelia program pencerapan rakan tugas yang bertujuan untuk membantu memperbaiki kekurangan dan seterusnya ke arah meningkatkan kemahiran guru.
- Mempengerusikan mesyuarat dan memimpin perjalanan panitia di bawah bidang tugas masing-masing.
- Memastikan penggunaan bahan sumber si bawah kawalan panitia digunakan secara maksimum dan diselenggara dengan baik.
- Membimbing dengan berkongsi idea dan pengalaman bersama-sama dengan guru baru dan GSTT dalam menjalankan tugas-tugas harian.
- Mengkaji dan mengambil tindakan yang optimum segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidang Ketua Panitia.
- Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti kelas bimbingan, pengayaan dan pemulihan bersama dengan dengan Jawatankuasa Kecemerlangan Sekolah.
- Membantu dalam perancangan program dan menyelaras kegiatan kurikulum yang dijalankan oleh sekolah, PPD, JPNP dan Kementerian Pelajaran.
- Membantu dalam pemilihan buku-buku rujukan yang sesuai bagi kegunaan Pusat Sumber Sekolah dan Bilik Bahasa.
- Menganjurakan siri kursus perkembangan sataf, taklimat, perjumpaan atau sesi penerangan dari semasa ke semasa bagi tujuan peningkatan kualiti kerja.
- Berusaha mendapatkan maklumat terkini dalam bidang pendidikan khususnya di bawah tugas masing-masing dan menyebarkan maklumat tersebut dengan tujuan meningkat kualiti P&P di dalam kelas.
- Menjalankan usaha dari semasa ke semasa untuk memperluas amalan menggunakan Bahasa Melayu sebagai ilmu yang merentasi kurikulum.
- Mengenalpasti kelemahan pelajar serta maslah disiplin dan berusaha untuk mengatasinya melalui pendekatan ynag bersesuaian.
- Menyelaras penyediaan soalan-soalan ujian dan soalan-soalan latih tubi bagi program kelas bimbingan atau kelas intensif.
- Memastikan soalan peperiksaan disediakan mengikut jadual ( seminggu sebelum pelajar menduduki peperiksaan ) dan semakan soalan telah dilakukan supaya dapat meminimumkan kesalahan ejaan fakta dan maklumat.
- Menyelia dan membantu guru penyelia soalan berkaitan dengan skema pemarkahan untuk peperiksaan dan mengadakan perjumpaaan khas untuk menyelaras proses penandaan kertas jawapan.
- Menganalisis keputusan ujian atau peperiksaan dan membauat satu post mortem untuk mengenalpasti langkah-langkah yang boleh membantu meningkatkan peningkatan keputusan yang lebih baik dari sebelumnya.
- Bertanggungjawab untuk melakukan pesanan pembelian ABM atau peralatan bagi panitia tersebut dengan kebenaran Pengetua.
- Menjalankan tugas-tugas lain dari masa ke semasa mengikut arahan yang diberikan oleh pihak pentadbiran sekolah.
- Menguruskan pembelian dan keperluan panitia mengikut arahan pekeliling perbendaharaan , menggunakan peruntukan sedia ada dan mendapat kebenaran Pengetua serta memasukkan barang, peralatan atau bahan yang diperolehi ke dalam buku stok panitia.
- TUGAS SETIAUSAHA KURIKULUM
- Bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
- Mengeluarkan surat arahan kepada guru-guru untuk memanggil mesyuarat apabila diarahkan oleh Pengetua atau GPK Pentadbiran.
- Menyediakan dan menulis minit mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan mesyuarat guru-guru setiap kali mesyuarat diadakan.
- Membantu Pengetua dan GPK Pentadbiran menyediakan laporan dan maklumat berkaitan dengan kurikulum dan akademik.
- Menerima dan melaksanakan arahan Pengetua atau GPK Pentadbiran dari semasa ke semasa.
- KETUA PANITIA MATA PELAJARAN & PENYELIA MATA PELAJARAN.
- Bertanggungjawab kepada pihak pentadbiran sekolah dalam kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dangan bidangnya.
- Bertanggungjawab kepada pihak pentadbiran sekolah dalam perancangan dan pengurusan ko kurikulum akademik( Kokuria ) yang berkaitan dengan bidangnya.
- Membantu pihak pentadbiran sekolah mencerap, memantau dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan bidang tugasnya.
- Merancang dan melaksanakan program akademik untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar melalui program utama, sokongan, dan sampingan.
- Membantu pihak pentadbiran sekolah dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan yang berkaitan dengan bidang tugasnya.
- Membantu pihak pentadbiran sekolah menyelaras dengan pihak luar dalam hal-hal yang berkaitan dengan bidangnya seperti penyeliaan Jemaah Nazir, pemantauan pegawai-pegawai pelajaran daerah dan negeri dan sebagainya.
- Bertanggungjawab dalam penyediaan Folio A dan B dalam PKKP.
- JAWATANKUASA UNIT PEPERIKSAAN dan PENILAIAN ( UPP )
- Tugas Setiausaha Peperiksaan Awam .SPM dan PMR.
- Memberi maklumat mengenai mata pelajaran peperiksaan awam dan tempoh masa pendaftaran.
- Menguruskan pendaftaran peperiksaan pelajar-pelajar bagi PMR dan SPM.
- Melakukan semakan pendaftaran serta menyiapkan borong-borang pendaftaran menduduki peperiksaan.
- Menyusun dan mengatur angka giliran untuk memudahkan pengurusan.
- Bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan logistic sebelum bermula peperiksaan mengikut standard Lembaga Peperiksaan Malaysia.
- Mengurus, menyimpan dan menyerah ke pejabat semua dokumen berkaitan pendaftaran peperiksaan setelah selesai semua hal yang berkaitan dengan peperiksaan.
- Bertanggungjawab untuk melangkapkan data dan menyediakan analisis peperiksaan dan mempamerkan keputusan di Bilik Gerakan dan UPP.
- Memberi taklimat dari semasa ke semasa berkaitan dengan sebarang input berkaitan peperiksaan kepada semua pelajar ayng terlibat.
- Menyediakan data-data dan maklumat yang diperlukan dari semasa ke semasa apabila diperlukan oleh Pengetua.
- Tugas Setiausaha Peperiksaan Dalaman.
- Memaklumkan kepada semua pelajar tentang tarikh sebelum sesuatu peperiksaan atau ujian dijalankan di peringkat sekolah.
- Menyediakan jadual waktu dan jadual giliran guru pengawas dan mengedarkan kepada semua pelajar dan guru.
- Memastikan semua peperiksaan dalaman disediakan mengikut standard peperiksaan awam.
- Menyediakan kemudahan asas peperiksaan seperti kertas cetak, dakwat, kertas lukisan dan lain-lain.
- Menyelia proses cetakan soalan oleh guru penyedia soalan dengan menyediakan takwim tempahan ( soalan disediakan dua minggu sebelum pelajar menduduki peperiksaan atau ujian )
- Mengutip dan menyerahkan satu set soalan peperiksaan kepada penyelaras Bank Item untuk disimpan bagi kegunaan rujukan dan latihan masa hadapan.
- Bertanggungjawab untuk melengkapkan data dan menyediakan analisis peperiksaan bersama dengan Penyelaras Tingkatan dan mempamerkan keputusan di UPP.
- Memberi taklimat dari semas ke semasa berkaitan dengan sebarang input berkaitan peperiksaan kepada semua pelajar yang terlibat.
- Menyediakan data-data dan maklumat yang diperlukan berkaitan peperiksaan dalaman dari semasa ke semasa apabila diperlukan oleh Pengetua.
- Menyediakan panduan peperiksaan yang boleh memudahkan pengurusan peperiksaan.
- PENYELARAS TINGKATAN
- Bertanggungjawab dalam agihan pelajar dan penyusunan semula kelas mengikut pencapaian untuk dimasukkan ke dalam kelas-kelas tertentu,
- Membantu Setiausaha Peperiksaan Dalaman untuk memasukkan data ke dalam komputer untuk mendapatkan analisis keputusan peperiksaan.
- Bertanggungjawab mengumpulkan pelajar untuk menyampaikan taklimat, nasihat atau teguran mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan masalah yang timbul dalam tingkatan berkenaan atau perkara-perkara ad-hoc dari semasa ke semasa atau dengan arahan Pengetua / GPK Pentadbiran apabila diperlukan.
- Bertanggungjawab menyediakan maklumat dan laporan prestasi pelajar apabila diperlukan oleh unit-unit lain yang memerlukan.
- Tugas-tugas lain yang timbul dari semasa ke semasa apabila diperlukan.
- Bertanggungjawab membuat pembahagian pelajar di bawah jagaannya. Persetujuan Guru Penolong Kanan perlu diminta terlebih dahulu.
- Menerima kemasukan pelajar baru dan membuat penempatan mengikut kelulusan dan minat atau aliran bagi tingkatan 4 dan 5.
- Menyelia dan menyelaras aktiviti-aktiviti tingkatan dengan kerjasama Guru Tingkatan.
- Menyelia dan menyelaras soal-soal kebersihan, kesihatan dan keceriaan kelas dengan kerjasama Guru Tingkatan.
- Mengambiltahu mengenai kelas dalam tingkatan yang Guru Tingkatannya tidak hadir dan mengambilalih tugas mengurus kelas yang berkenaan.
- Mencadangkan Guru Tingkatan Gantian jika tempoh ketiadaan Guru Tingkatan itu melewati jangka masa seminggu.
- Menyemak dan memastikan Buku Jadual Kedatangan Pelajar dilengkapkan dan dikemaskini. Penyelia Tingkatan hendaklah menyemak buku ini dari semasa ke semasa.
- Menyemak penyata bulanan Tingkatan dari Guru tingkatan, menyemak dan memastikan kesahihan maklumat, kemudian menyerahkannya kepada Guru Data.
- Menyimpan rekod dan maklumat penting bagi tingkatan misalnya bilangan pelajar dalam kelas.
- Membantu guru biasiswa dan GPK HEM memilih pelajar yang layak untuk menerima bantuan atau biasiswa.
- Memaklumkan kepada Pengetua atau GPK tentang jumlah pelajar setiap kelas dari semasa ke semasa.
- Memastikan surat-surat kemasukan pelajar baru disimpan di dalam daftar masuk ( ikut tingkatan ) dengan kemas dan teratur.
- Bekerjasama dengan Guru Rekod atau Guru Bimbingan dan Kaunseling bagi mendapatkan kad-kad berikut untuk dihantar ke sekolah baru jika berlaku pertukaran pelajar:
- Buku Kad Kemajuan Peljar dan Kad 001
- Borang Kelulusan Pinjaman SPBT
- Keterangan kerja kursus Kemahiran HIdup, Pendidikan Islam, Sejarah, Geografi, dan Pendidikan Seni Visual.
- Sentiasa mengemaskini fail-fail pertukaran pelajar. Fail tersebut mestilah disimpan di pejabat.
- Bekerjasama menyempurnakan analisis peperiksaan PMR dan SPM.
- Bekerjasama denagan Setiausaha Peperiksaan bagi menyediakan bilik-bilik peperiksaan.
- Menyimpan boring –borang kemasukan pelajar baru dalam fail daftar masukmengikut kelas.
- Memastikan pelajar baru ditempatkan di tingkatan mengikut mata pelajaran yang dipilih.
- Menyampaikan laporan tentang pelajar baru kepada Pengetua atau GPK.
- Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahakan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
- TUGAS GURU JADUAL WAKTU.
- Menyediakan jadual waktu pelajaran untuk guru mata pelajaran dan guru kelas berdasarkan maklumat agihan mata pelajaran mangikut penyeliaan GPK Pentadbiran dan persetujuan Pengetua.
- GPK Pentadbiran dan guru jadual waktu mengadakan perbincangan dengan Ketua Panitia sebelum penyediaan jadual waktu di sediakan bagi memastikan taburan mata pelajaran dapat diagihkan secara optimum dan berkesan dalam kalangan guru opsyen dan bukan opsyen dengan persetujuan Pengetua.
- Mengkaji dan mengubahsuai semual jadual waktu jika terdapat perubahan dari segi tenaga pengajar dan keperluan dari semasa ke semasa.
- Memaklumkan kepada semua guru berkaitan tentang sebarang perubahan jadual waktu yang dibuat oleh guru jadual waktu dengan penyeliaan GPK Pentadbiran dan persetujuan Pengetua.
- TUGAS SETIAUSAHA PKKP.
- Setiausaha PKKP bertangggungjawab kepada JK PKKP untuk memanggil mesyuarat apabila diarahkan oleh Pengetua atau GPK.
- Menyediakan minit mesyuarat JK PKKP setiap kali mesyuarat diadakan.
- Menyelaras dan menyediakan laporan dan maklumat berkaitan dengan dokumen Folio A dan B program PKKP.
- Menerima dan melaksanakan arahan Pengetua atau GPK Dari semasa ke semasa.
- AJK KECEMERLANGAN SPM, PMR, dan TINGKATAN DUA.
- Menyusun dan mengatur melalui perbincangan dalam merangka jadual dan aktiviti tambahan di luar waktu P&P sebagai program tambahan untuk aktiviti sokongan pembelajaran sebagai persediaan pelajar menghadapi peperiksaan.
- Bertanggungjawab mengaturkan sesi seminar menjawab soalan peperiksaan untuk kelas-kelas peperiksaan.
- Merancang dan melaksanakan program-program motivasi untuk pelajar.
- JAWATANKUASA 60 : 40
- Memastikan dasar Kementerian Pelajaran agar lebih ramai pelajar menduduki aliran Sains di sekolah.
- Nisbah yang ditetapkan adalah seramai 60% bilangan pelajar di sekolah akan menduduki aliran Sains dan selebihnya (40%) di aliran yang lain.
- JAWATANKUASA BANK ITEM
- Mengutip set-set soalan peperiksaan untuk disimpan bagi kegunaan rujukan dan latihan masa hadapan.
- Menyusun setiap set soalan mengikut mata pelajaran dan tingkatan.
- JAWATANKUASA STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA
- Berusaha untuk menaikkan taraf sekolah ke arah Sekolah Gemilang.
- Menentukan Visi dan Misi sekolah.
- Menentukan dasar sekolah secara jelas dan selari dengan Visi & Misi.
- Menjelaskan dan menyelaraskan tugas guru dan staf sokongan.
- Memastikan persekitaran sekolah selamat, kondusif,ceria dan bersih.
- Menguruskan sumber yang ada di sekolah secara optimum.
- ( Rujuk Buku Standard Kualiti Pendidikan Malaysia oleh Jemaah Nazir http://www.jns.moe.gov.my)
- JAWATANKUASA SIARAYA DAN TEKNIKAL
- Bertanggungjawab memastikan bahawa P.A. system sekolah berfungsi dengan sempurna dan disimpan di tempat yang selamat.
- Memastikan bahawa pelajar dapat mendengar dengan jelas segala pengumuman dan siaran lain yang dibuat melalui P.A. system sekolah.
- Bertanggungjawab membuat inventori dan menyimpan stok alt-alat pembesar suara.
- Mengurus segala permohonan untuk meminjam alat P.A. system oleh pihak awamdan pertubuhan KoKurikulum sekolah serta memastikan pemulangannya dibuat mengikut tarkh berada dalam keadaan baik.
- Menguruskan pembelian alat-alat tambahan yang diperlukan supaya P.A. system dapat berfungsi dengan baik dan berkesan.
- Memeriksa dan menghantar alat-alat untuk pembaikan jika terdapat kerosakan.
- Menyemak stok pada akhir setiap semester.
- Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan.
- PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)
- Mengurus semua perkara yang berkaitn dengan perpustakaan, Unit UTP,Unit ABM, Balai Ilmu,Unit Bahasa dan Bilik Kuliah seperti surat-menyurat dan program-program yang dilaksanakan diperingkat sekolah, daerah dan negeri.
- Menyimpan,mengemaskini dan mengurus semua buku dan bahan dan memasukkan semua bahan dan peralatan di dalam buku stok unit masing-masing.
- Memilih ,melantik dan melatih Pustakawan dan AJK serta ahli-ahli unit berkenaan.
- Menyediakan jadual bertugas untuk guru dan pustakawan sekolah supaya perpustakaan dapat dibuka dan digunakan secara optimum oleh pelajar.
- Memastikan perpustakaan dan unit-unit berkenaan dilengkapkan dengan peraturan menggunakan perpustakaan dan Unit-unit berkenaan, peraturan meminjam buku, senarai jawatankuasa perpustakaan dan unit-unit berkenaan untuk guru dan pelajar, kata-kata hikmat,carta-carta dan sebagainya untuk meningkatkan keceriaan perpustakaan dan unit-unit berkenaan.
- Sentiasa menjaga keceriaan dan kebersihan perpustakaan dan unit-unit berkenaan serta mengubahsuaikan apabila perlu untuk member situasi baru kepada perpustakaan dan unit-unit berkenaan dari semasa ke semasa.
- Mengadakan promosi-promosi dan kempen untuk menggalakkan pelajar-pelajar sekolah untuk menggunakan perpustakaan sebagai satu tempat mencari ilmu.
- Bertanggungjawab untuk menyimpan dan mengurus wang dendaan pelajar.
- Merancang dengan teliti penggunaan wang perpustakaan dan unit-unit berkenaan agar dapat digunakan secar maksimum utnuk pembangunan perpustakaan dan unit-unit berkenaan.
- TUGAS AJK DEWAN dan PROTOKOL
- Memastikan protocol setiap majlis dipatuhi
- Susun atur acara
- Susun atur kerusi / meja
- Susun atur tetamu / jemputan ditaip dan diedar kepada orang yang dipanggil untuk menyampaikan ucapan.
- Memastikan luar dan dalam dewan bersih dan ceria.
- Memastikan susunan kerusi jemputan tersusun kemas.
- Memastikan semua peralatan PA system dewan dijaga dan dikunci selepas digunakan.
- Memastikan dewan dikunci selepas digunakan.
- TUGAS PENGURUS SKIM TUISYEN FELDA
- Kemaskini Fail
- Senarai guru STF
- Jadual waktu guru mengajar
- Jumlah peruntukan STF setahun
- Mata pelajaran – mata pelajaran yang terlibat.
- Borang-borang bayaran dan tanda tangan guru
- Borang penerimaan bayaran dan tanda tangan guru penerima.
- Fail Keputusan Peperiksaan dan TOV
- Borang-borang Headcount 1-6
- P1, P2 dan P3
- Fail Kehadiran STF
- Mengwujudkan sistem di mana guru mata pelajaran menghantar senarai kehadiran pelajar STF.
- Mencatatkan peratus kehadiran STF setiap bulan.
- Mengambil tindakan menghantar surat amaran kepada pelajar dan JKKR, pelajar yang ponteng tiga kali dan lebih.
- Memanggil mesyuarat STF setiap bulan.
- TUGAS GURU PENYELARAS PROGRAM AKADEMIK
- Memastikan jadual dan tarikh program selepas post mortem ditetapkan.
- Memanggil mesyuarat AJK penyelaras program akademik tingkatan 1 – 5 dan pentadbir.
- Melakukan tindakan susulan selepas peperiksaan P1 hingga P3. Sila rujuk standard kualiti kurikulum unit peperiksaan.
- TUGAS AJK DOKUMENTASI SEKOLAH
- Ko kurikulum :
- Hal Ehwal Murid :
- Kurikulum : Puan Nor Fariza binti Mohd Zaki
- Memastikan setiap program yang berjalan penyelarasnya menghantar pelaporan kepada AJK 3 hari selepas program.
- AJK menghantar pelaporan ini:-
- * 1 salinan kepada GPK berkenaan.
- * 1 salinan kepada Pengetua.
- * 1 salinan kepada AJK dokumentasi
- PROGRAM STRATEGIK PENINGKATAN KURIKULUM
- 1. PENGURUSAN STRATEGIK KURIKULUM.
- 1.1. Dbriefing
- 1.2. Pengurusan Kurikulum Berkesan
- 1.3. Pengurusan Mesyuarat Berfokus dan Banch Marking
- 1.4. Penandaan Buku Latihan Dua Minggu Sekali
- 1.5. Kecukupan Latihan
- 1.6. Penghantaran Markah Peperiksaan Satu Minggu Selepas Tamat Kertas Berkenaan
- 1.7. Minit Mesyuarat Dihantar Tiga Hari Selepas Mesyuarat
- 1.8. Guru Yang Menghadiri Mesyuarat/Kursus/Taklimat Perlu Berjumpa Dengan Pengetua Untuk Tindakan Selanjutnya
- 2. PEMANTAUAN BERFOKUS
- 2.1. Pemantauan P&P dan Buku Latihan
- 2.2. Penyeliaan Mata Pelajaran Bahasa Inggeris, Sains, dan Matematik
- 2.3. Program Bimbingan dan Motivasi Anjuran Sekolah
- 2.4. Penyeliaan Kelas Bimbingan
- 2.5. Penyeliaan Penyediaan Item Penilaian dan Peperiksaan
- 3. FOKUS PENINGKATAN KECEMERLANGAN
- 3.1. Motivasi Persediaan Rohani, Fizikal, dan Mental
- 3.2. Penerangan Kemahiran Belajar Yang Berkesan
- 3.3. Penetapan Hala Tuju dan Pembinaan Target
- 3.4. Pendedahan Latihan Aras Tinggi
- 3.5. Kem Kecemerlangan Murid Peringkat Sekolah
- 3.6. Ziarah Ilmu
- 4. FOKUS PENINGKATAN PRESTASI KUANTITI
- 4.1. Motivasi Diri ( Kemahiran Belajar, Pengukuhan Rohani, Hala Tuju, dan Target )
- 4.2. Mengatasi Defisit Pembelajaran Mata Pelajaran
- 4.3. Latihan Pemulihan dan Pengukuhan
- 4.4. Pembinaan Modul Galus Mata Pelajaran Kritikal
- 4.5. Kem Murid Potensi Peringkat Sekolah
- 4.6. Mento Menti
- 5. PROGRAM STRATEGIK PERKONGSIAN ILMU
- 5.1. Bengkel Penandaan Kertas Peperiksaan PMR / SPM
- 5.2. Bengkel Strategik Pengajaran Berkesan
- 5.3. Bengkel Pemantapan Guru Mata Pelajaran Matematik dan Sains
- 5.4. Bengkel Pemantapan Guru Mata Pelajaran Sejarah.